Saturday, 22 December 2012

Nikmat dan Ujian Silih Berganti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

"Sayang Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya."

Did you know "Ujian"? Ujian merupakan bukti cinta Allah terhadap hambaNya. Allah memberikan cubaan atau ujian agar kita menjadi lebih matang dan tabah dalam mengharungi kehidupan. Macam-macam jenis dan bentuk ujian yang Allah berikan. Antaranya kesakitan, kemiskinan, kekayaan, kekuasaan, anak, ilmu, pasangan hidup, bencana alam, fitnah, penghinaan dan sebagainya. Itu semua menentukan kejayaan kita di akhirat nanti. Setiap satu yang Allah cipta dan takdirkan, tiada satu pun yang sia-sia. Sekalipun perkara yang terjadi itu amat kecil, namun tetap ada hikmahnya. Cuma kita sebagai manusia yang kerdil tidak mampu untuk memahami setiap bahasa Allah. Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah berikan kepada kita, makin besarlah pahala dan sayang Allah kepada kita. Dengan syarat kita kena redha dengan takdir yang telah ditentukan. Tidak ada musibah atau ujian yang Allah timpakan kepada hambaNya melainkan Allah telah menetapkan kadar musibah tersebut sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya. Jangan pula kita sebagai manusia cepat sangat mengeluh dan berputus asa dengan sebarang ujian kehidupan kerana sesungguhnya pada tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan.

Apabila ditimpa musibah, manusia akan mudah insaf. Tapi, apabila musibahnya telah berlalu, mulalah kita kembali lupa diri. Betul kan? Kita perlu mengingatkan diri sendiri berkali-kali bahawa nikmat dan ujian silih berganti. Hari ni kita sihat, esok kita sakit. Semalam kita gembira, hari ni kita sedih. Dulu kita kaya, dan sekarang kita miskin. Sama-sama kita imbas kembali tragedi yang pernah berlaku sebelum ni like tsunami yang telah menggegarkan dunia pada 26 disember 2006. Beratus ribu nyawa terkorban. Sehari sebelum tsunami, my family and uncle Mahmud family was there. Alhamdulillah Allah telah selamatkan kami sebelum berlakunya tsunami pada keesokannya. Kebanyakan kita hanya melihat kehancuran tsunami. Kita hanya dapat "melihat" apa yang kita lihat, sebab tu ketakutan tu tak kekal. Tapi kalau dilihat kepada KUASA yang menjadikan ombak sebesar besarnya, maka ketakutan kita kepada Allah akan kekal. Bayangkan peristiwa tu berlaku kepada kita. Islam mengajar erti kesedaran dan keinsafan. Sebarang musiah atau bala yang berlaku kepada orang lain, sebenarnya tersembunyi mesej untuk kita. Jangan sekadar melihat yang tersurat je, tapi nilai juga mesej yang tersirat dan tersembunyi. Ambillah iktibar dari setiap kejadian. 

  • Nikmat banyak tetapi tetap mengeluh. 
Nabi Ayyub menderita sakit selama tujuh tahun. Pada satu hari, isterinya, Rahmah bertanya dan mengadu kepada kepada nabi Ayyub: "Wahai suamiku, sudah lama aku diuji derita sakit ini. Berapa lama lagi kmu perlu menanggung semua ini?" Nabi Ayyub menjawab dengan bertanyakan soalan: "Wahai isteriku, cuba renungkan hidup kita. Sudah berapa lama kita hidup dikelilingi nikmat, kebahagiaan dan kesihatan?" Rahmah menjawab: "Sudah 80 tahun." Nabi Ayyub bertanya lagi: "Berapa lama pula derita sengsara yang dikongsi bersama aku?" Rahmah menjawab: "7 tahun." Iktibarnya, takkan kita tidak boleh bersabar dengan kesusahan jika dibandingkan dengan nimat yang telah sekian lama diperoleh. Insafilah wahai diri bahawa setiap yang Allah jadikan semuanya untuk kita kembali kepadaNya. Maassalamah wa ilalliqa. Assalamualaikum :)
"Kesabaran yang mendahului kesakitan dan penderitaan akan diganjari kebaikan yang melimpah oleh Allah"

1 comment:

ZWAN SABRI said...

Allah takkan turunkan ujian kepada hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tangung ujian tersebut.. :)