Friday, 8 June 2012

Perginya dirimu menghadap Ilahi :') Syurga Untukmu.

Assalamualaikum :')
Semalam aku kehilangan seorang lagi ahli keluaarga yang baru 45 hari dilahirkan. Muhammad Rezky Ramadhan yang telah pergi menghadap Ilahi pada 7/Jun/2012. Mesti tertanya-tanya kan sakit apa? Hmm Rezky sakit berpunca dari masalah komplikasi semasa dia dilahirkan. Jangkitan kuman pada saraf, otak, gangren dan keseluruhan ususnya telah mati 1OO%. Selain itu, dia kekurangan oksigen dan tersangkut di serviks lebih 40 minit. Aku tak ingat masa dia umur berapa hari aku tak pasti, doctor mengatakan dia hanya boleh hidup dalam masa 5hari lagi. Dengan kuasa Allah, Rezky masih bernyawa sehingga pukul 10 pagi semalam. Alhamdulillah. Dan apa yang mengejutkan aku, dia boleh buang air besar, air kecil, and muntah. Yang aku tahu dari pengalaman arwah atok aku yang belah ummi, bila usus dah pecah and mati dah tak boleh buang air besar, air kecil and muntah. Kuasa Allah kan :) Dan akhirnya Allah tarik juga nyawa hambaNya Rezky iaitu anak saudara aku. Rezky sayang, Allah bagi Syurga tau dekat Rezky. Syurga tu indah sangat. Dekat Syurga nanti Rezky boleh duduk dengan ibu Rezky :') Aunty sayang dekat Rezky :') Al-Fatihah...

Al-Fatihah to Muhammad Rezky Ramadhan :')

Ketabahan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Aku tabik dengan sepupu aku ni. Dia sangat kuat. Senyum je :') Allah sayang kakak, Allah bagi ujian dekat kakak :') Sabar ye kakak :') Kami semua sayang dekat kakak :')

4 comments:

aisya said...

Sebak saya :') Al-Fatihah ~

Maghfiratul Helma said...

Sedih pun ada, bersyukur pun ada :') Syukran atas doa :')

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

sedihnya... takziah buat keluaga Arwah.. al fatihah buatnya... tabaihnya seorg ibu.. moga Allah memberi kekuatan buat ibunya dn seluruh keluarga.. amin...

Maghfiratul Helma said...

Syukran Ukhti :') Ameen ya Rabb :)